KUALA LUMPUR: Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat, sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata akta yang telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu masih tiada tarikh khusus bagi dikuat kuasa ketika ini.
"Ia (kuat kuasa akta) akan berlaku sebelum itu (PRU15). Jadi, semua perlu bersabar dan saya akan tampil sekali lagi (untuk maklumkan mengenai perkara itu) dalam masa terdekat," katanya ketika ditanya pemberita sama ada akta berkenaan akan dilaksanakan atau tidak sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, di Bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan Al-Sultan Abdullah memperkenankan 14 akta termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 itu yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-14 lepas.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata Bajet 2023 tetap akan dibentangkan Jumaat ini seperti yang dijadualkan susulan spekulasi pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.
Wan Junaidi berkata kerajaan komited untuk memastikan rang undang-undang yang telah dirangka termasuk Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022 yang berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori akan dibawa untuk bacaan pertama dan kedua pada sidang Parlimen ini.
Menjawab mengenai usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang ditangguhkan lagi, Wan Junaidi berkata perkara itu berikutan hanya terdapat satu pencalonan sahaja bagi jawatan berkenaan untuk undian di Parlimen.
Beliau berkata hanya satu nama sahaja yang dikemukakan iaitu dari pihak kerajaan dalam tempoh 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.
"Saya telefon (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tanya dan beritahu beliau sekiranya tiada pencalonan dari Pakatan Harapan (PH), maka atas pemahaman yang dahulu bahawa kita akan tarik kita punya calon," katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said ditangguhkan buat kali kelima dan dibawa ke persidangan akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Wan Junaidi berkata, akta yang telah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong itu masih tiada tarikh khusus bagi dikuat kuasa ketika ini. - Gambar/ Bernama
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
Tun Wan Junaidi dianugerah Darjah Satria Bintang Sarawak
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima anugerah Darjah Satria Bintang Sarawak yang membawa gelaran "Pehin Sri".
Wan Junaidi sifatkan Tun Abdul Taib sebagai "Tunjang Keharmonian Sarawak"
Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.
Wan Junaidi kurnia darjah kebesaran, pingat kepada 123 penerima
Mendahului senarai 10 penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" ialah Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang.
Speaker baharu dipilih 19 Feb ini dalam satu persidangan khas Dewan Negara
Speaker sebelum ini Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah melepaskan jawatannya pada Januari lepas, untuk dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Wan Junaidi zahir penghargaan atas sumbangan Abdul Taib
Katanya, dalam tempoh perkhidmatan kerajaan yang luar biasa selama 51 tahun, Abdul Taib sinonim dengan pembangunan luar biasa Sarawak.
Pengganti Speaker Dewan Negara telah diputuskan - Fahmi
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Calon Speaker Dewan Negara sudah dimuktamadkan - Fahmi
Kerajaan sudah memuktamadkan nama Speaker Dewan Negara dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum sidang Dewan bermula.
Wan Junaidi angkat sumpah Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar selamat mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan dalam Majlis Istiadat Angkat Sumpah di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.
TYT Sarawak bertemu wakil ketua agama UNIFOR
Tun Wan Junaidi berkesempatan untuk beramah mesra bersama-sama dengan wakil ketua agama yang hadir, sekali gus berbincang mengenai perkara-perkara berkaitan dengan UNIFOR.